Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika sesi dialog Mahasiswa Temu Anwar pada majlis Anugerah Buku Negara di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim, Perak pada 21 Disember 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

PM: Kekang fahaman taasub, bimbang perpecahan kaum

TANJUNG MALIM, 21 DIS: Perdana Menteri bimbangan fahaman taasub dalam kalangan anak muda khususnya di institusi pengajian tinggi semakin menular.

Justeru Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta pihak universiti memainkan peranan sewajarnya bagi mengelak berlakunya perpecahan dalam kalangan masyarakat dan kaum.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika sesi dialog Mahasiswa Temu Anwar pada Majlis Anugerah Buku Negara di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim, Perak pada 21 Disember 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI

“Saya bimbang penularan ketaksuban menggila…cerita perkauman, Melayu sudah habis, Pulau Pinang dikristiankan, Anwar gadai dan khianat orang Melayu. Hal-hal ini yang harus dikawal… kalau bertanya cara baik tidak mengapa, ini kalau terikut pemimpin ‘desperate’ kita akan rugi.

“Kalau benar, tidak mengapa… umpamanya sejak Anwar jadi PM, Islam hanyut, hilang. Sedangkan program Islam lebih mantap dan peruntukan juga lebih tinggi.

“Saya tidak boleh izinkan perkara ini, minta naib canselor, universiti kawal. Bukan takut fahaman politik mereka, jumlahnya kecil, tetapi mahu selamatkan negara kerana ini akan memecahbelahkan negara,” katanya.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama mahasiswa selepas sesi dialog Mahasiswa Temu Anwar pada majlis Anugerah Buku Negara di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim, Perak pada 21 Disember 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI

Beliau berkata demikian pada sesi Dialog Mahasiswa Temu Anwar di Dewan Tuanku Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di sini, hari ini.

Pada masa sama, Anwar menegaskan tidak akan membenarkan mana-mana pihak untuk masuk ke institusi pengajian tinggi semata-mata mahu menanam fahaman kebencian kaum.

“Kalau mereka nak beri pandangan terbuka saya tidak peduli, tetapi kalau nak bawa pandangan tanam kebencian kaum semuanya menjadi musuh saya tidak izinkan,” katanya.


Pengarang :