Yang Dipertua Majlis Perbandaran Selayang (MPS) Dato’ Mohd Yazid Sairi (tengah) selepas Mesyuarat Majlis MPS kali ke-12 di Dewan Simfoni, Taman Rimba Bukit Lagong pada 21 Disember 2023. Foto FITRI HAZIM HAZAM
PBTSELANGOR

MPS kutip bayaran lesen niaga RM1.9 juta setakat November

GOMBAK, 21 DIS: Majlis Perbandaran Selayang (MPS) mengutip bayaran lesen perniagaan berjumlah RM1,979,564 menerusi transkasi dalam talian setakat November.

Yang dipertuanya berkata kutipan melibatkan lebih 2,339 transaksi manakala bayaran lain, sewaan gerai sebanyak RM288,668.50.

“Manakala kutipan permit bangunan dan perancang sebanyak RM23,145.60. Kutipan membabitkan kompaun untuk pelbagai jenis kesalahan sejumlah RM42,925.00.

“Selain itu, portal MyMPS juga dinaik taraf bagi kemudahan peniaga membuat bayaran bagi empat kategori yang berkaitan,” kata Dato’ Mohd Yazid Sairi pada Mesyuarat MPS kali ke-12 di sini hari ini.

Menurut beliau, MPS giat membuat kempen bayaran cukai taksiran secara dalam talian menerusi MyMPS, Lazada, Shopee dan Citizen E-Payment (CEPat) melalui https://mymps.mps.gov.my

MPS juga, katanya, membuka kaunter bagi pembaharuan lesen perniagaan di Lobi Menara MPS mulai 18 Disember hingga 30 Disember ini.

“Waktu pengoperasian adalah pada hari Isnin hingga Jumaat bermula pukul 8.30 pagi hingga 4.30 petang manakala hari Sabtu bermula pukul 8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari,” katanya.

Maklumat lanjut boleh hubungi Jabatan Perlesenan MPS di talian 03-6126 5942 atau layari http://www.mps.gov.my


Pengarang :