Peserta menjalani latihan amali ketika menyertai bengkel pemantapan diri anjuran Yayasan Raja Muda Selangor bersama Pusat Pembangunan Kemahiran Teknikal Negeri Selangor (STDC) di Kuala Selangor pada 15 Jun 2023. Foto Facebook STDC
AGENSIBERITA UTAMAPILIHAN MINGGUANSELANGOR

Negeri taja pengajian TVET khas lepasan tahfiz, ambilan Januari depan

SHAH ALAM, 23 DIS: Kerajaan Negeri melalui Inisiatif Kemahiran Teknikal dan Ikhtisas Smart Selangor (IKTISASS) menawarkan tajaan pengajian khas untuk lepasan tahfiz anak Selangor bagi pengambilan Januari depan.

Menerusinya mereka yang berkelayakan berpeluang mengikuti kursus Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) berdampak tinggi iaitu teknologi penyamanan udara melalui program Smart Tahfiz TVET.

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri memaklumkan program 15 bulan kelolaan Pusat Pembangunan Kemahiran Teknikal Negeri Selangor (STDC) itu terhad kepada 20 individu terawal yang menepati syarat kelayakan termasuk menghafaz minimum tiga juzuk hafazan.

“Yuran pendaftaran, pengajian dan penginapan asrama ditaja oleh Kerajaan Selangor,” katanya di Facebook.

Menurutnya kelayakan lain termasuk pemohon mestilah lahir dan telah bermastautin lebih 12 tahun di Selangor serta berumur antara 16 hingga 21 tahun.

“Pemohon juga merupakan pelajar tahfiz yang masih atau pernah menuntut di sekolah atau institusi tahfiz diiktiraf oleh mana-mana jabatan atau agensi Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Selangor.

“Selain itu, keutamaan penajaan akan diberikan kepada pelajar atau pelatih daripada kategori keluarga B40 dan M40,” katanya.

Pendaftaran boleh dibuat di pautan https://forms.gle/eZChSRUS5gjpxFjAA dan lengkapkan borang IKTISASS di https://drive.google.com/file/d/1wbMtcSkcQg4yZvDrdnZc2hwWbLsg629h/view selepas mendaftar.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi talian 03-32812676/21 atau menerusi aplikasi Whatsapp www.wasap.my/60193424111/daftarSTDCSMARTTAHFIZ dan www.wasap.my/601157535792/daftarSTDCSMARTTAHFIZ.


Pengarang :