Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berucap ketika rumah terbuka sambutan perayaan Krismas Peringkat Negeri Selangor 2022 di Dewan Sivik MBPJ, Petaling Jaya pada 13 Disember 2022. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

MB harap ikatan keluarga, rakan kukuh ketika sambutan Krismas

SHAH ALAM, 25 DIS: Dato’ Menteri Besar mengucapkan selamat menyambut Hari Natal kepada penganut Kristian hari ini.

Dato’ Seri Amirudin Shari berharap sambutan Krismas meriah selain dapat mengukuhkan ikatan keluarga dan rakan-rakan.

“Selamat menyambut Krismas buat mereka yang meraikan perayaan ini.

“Saya berharap agar sambutan Krismas dapat diraikan dengan meriah dan gembira di samping ikatan kekeluargaan yang kukuh serta waktu yang diluangkan bersama rakan-rakan,” katanya di Facebook.


Pengarang :