SHAH ALAM, 25 DIS: KDEB Waste Management (KDEBWM) menyerahkan zakat syarikat bernilai RM1,033,561.75 kepada Lembaga Zakat Selangor (LZS) pada 20 Disember lalu.
KDEBWM memaklumkan serahan itu dibuat Pengarah Urusannnya Dato’ Ramli Mohd Tahir kepada Pengerusi LZS Tan Sri Syed Anwar Jamalullail dalam majlis Iktiraf Muzakki dan Penyerahan Zakat (IMTIYAZ) di Dewan Orkid, Wisma Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS), Shah Alam.
“Sesi penyerahan ‘mock cheque’ menjadi simbol KDEBWM dengan rasminya telah menjadi pembayar zakat bagi kategori Berlian, iaitu syarikat yang membayar sebanyak RM1 juta kepada LZS.
“Semoga bayaran zakat ini memberi banyak kebaikan kepada KDEBWM dan menyemai rasa ihsan dalam setiap warga KDEBWM,” katanya menerusi Facebook.