Sebahagian anak yatim kelihatan ceria setelah menerima sumbangan pada majlis penyerahan sumbangan Aidilfitri Yayasan Islam Darul Ehsan (Yide) kepada anak yatim sekitar daerah Hulu Langat di Masjid Jamek Bandar Kajang, Hulu Langat pada 8 April 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Yide buka pendaftaran bantuan anak yatim sempena Aidilfitri

Oleh NAS NORZIELA NASBAH

SHAH ALAM, 27 DIS: Yayasan Islam Darul Ehsan (Yide) membuka pendaftaran anak yatim Selangor untuk menerima sumbangan Aidilfitri tahun hadapan.

Agensi tersebut memaklumkan sistem pengurusan maklumat anak yatim akan mempermudah pihaknya mengagihkan sumbangan kepada golongan berkenaan.

“Pendaftaran boleh dibuat secara online melalui pautan www.epayns.com.my. Pendaftar perlu mencetak borang yang telah lengkap diisi.

“Mereka juga perlu melampirkan kad pengenalan anak yatim dan ibu atau penjaga, sijil kematian bapa dan slip akaun bank untuk pengesahan nazir masjid,” katanya di Facebook.

Yide memaklumkan borang yang lengkap boleh dipos atau dihantar sendiri kepada Yide di alamat No 3, Jalan Keluli AM7/AM, Pusat Perniagaan Bukit Raja, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor.

Tarikh tutup pendaftaran adalah pada 27 Januari 2024 dan sebarang pertanyaan boleh hubungi Pegawai Yide (Zubair), di talian 017-7569476


Pengarang :