Kerja-kerja pemasangan cerucuk besi bagi mengawal pergerakan tanah di Jalan Wawasan, Puchong, di sini, susulan kejadian tanah runtuh pada 16 Disember 2023. Foto BERNAMA
BERITA UTAMAPBTSELANGOR

Kerja pasang cerucuk tanah runtuh Taman Wawasan masuk fasa kedua

SUBANG JAYA, 28 DIS: Fasa kedua pemasangan 400 cerucuk di kawasan tanah runtuh dekat Taman Wawasan, Puchong dimulakan melibatkan sepanjang jajaran kiri dan kanan longkang.

Timbalan Datuk Bandar Subang Jaya Mohd Zulkurnain Che Ali berkata fasa pertama pemasangan 375 cerucuk siap baru-baru ini bagi mengukuhkan tanah dan memastikan kawasan berkenaan stabil.

“Selesai sahaja fasa pertama kita teruskan pula dengan import tanah ke tapak dan melaksanakan reka bentuk tambahan bagi memastikan keselamatan kawasan tersebut,” katanya ketika ditemui.

Beliau turut menasihatkan penduduk yang terjejas tidak pulang ke kediaman sementara waktu demi keselamatan berikutan kebimbangan hujan berterusan akan menyebabkan pergerakan tanah.

Sebelum ini, Datuk Bandar Subang Jaya Dato’ Mohd Fauzi Mohd Yatim berkata fasa kedua pemasangan cerucuk melibatkan pengalihan air sementara di kawasan longkang yang rosak dan runtuh

Minggu lalu, seramai 29 penghuni di sembilan rumah teres kawasan berkenaan diarah berpindah atas faktor keselamatan, susulan kejadian tanah runtuh berhampiran kediaman mereka.

Kejadian tanah runtuh yang berlaku di Jalan Wawasan 3/9 dan 3/14 kira-kira 7.30 malam itu turut menyebabkan empat kenderaan tertimbus, namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.


Pengarang :