Wakil rakyat Meru Mariam Abdul Rashid meninjau progran Jualan Ehsan Rahmah peringkat DUN Meru pada 31 Oktober 2023. Foto NAS NORZIELA NASBAH/SELANGORKINI
ADNBERITA UTAMASELANGOR

ADN tumpu bantu usahawan kecil, naik taraf kemudahan awam

Oleh NAS NORZIELA NASBAH

SHAH ALAM, 29 DIS: Usaha membantu lebih ramai usahawan kecil memajukan perniagaan terus menjadi tumpuan Ahli Dewan Negeri (ADN) Meru Mariam Abdul Rashid tahun depan.

Beliau menjelaskan pihaknya berhasrat untuk menganjurkan pelbagai program keusahawanan termasuk dialog awam bagi mereka meneroka peluang dan cabaran dalam bidang itu.

“Selain peluang perniagaan, menjadi impian saya sebagai wakil rakyat DUN ini untuk melihat lebih ramai usahawan kecil berjaya mengubah nasib mereka.

“Kita juga akan cuba bantu urus kedai atau gerai jika diperlukan,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata kebajikan dan naik taraf infrastruktur juga terus dipergiat antaranya membaik pulih dewan usang sedia ada selain kemudahan di taman permainan serta padang bola.

Selain itu, Mariam berkata program sisa kepada wang (waste to money) akan dilaksana bagi menggalakkan pengumpulan plastik, kertas dan kotak untuk dibeli kontraktor dua minggu sekali.

“Nilai sampah tersebut akan ditukar dalam bentuk baucar di kedai 99 Speedmart. Paling awal dimulakan Febuari tahun depan di kawasan projek rintis dan beberapa lokasi lain,” katanya.

 

 


Pengarang :