Sebahagian anak yatim kelihatan ceria setelah menerima sumbangan pada majlis penyerahan sumbangan Aidilfitri Yayasan Islam Darul Ehsan (Yide) kepada anak yatim sekitar daerah Hulu Langat di Masjid Jamek Bandar Kajang, Hulu Langat pada 8 April 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Infak bersama Yide, dapat tolakan cukai pendapatan 10 peratus

SHAH ALAM, 28 DIS: Yayasan Islam Darul Ehsan (Yide) menganjur kempen Qasih Prihatin 10 peratus kepada penyumbang yang membayar cukai pendapatan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Yide memaklumkan inisiatif itu membolehkan pembayar cukai mendapat penolakan cukai terhad kepada 10 peratus daripada pendapatan agregat bagi individu dan syarikat.

“Ini merupakan peluang untuk anda mendapatkan pengurangan jumlah pendapatan agregat yang dapat membantu anda bagi tujuan percukaian pendapatan LHDN.

“Yide akan mengeluarkan resit rasmi bagi setiap infak yang dilaksanakan bagi tujuan urusan pengurangan percukaian tersebut,” katanya menerusi Facebook.

Untuk maklumat lanjut hubungi talian 03-3345 9900 (Ibu Pejabat Yide), e-mel ke [email protected] atau layari laman sesawang http://www.yide.com.my

Yide merupakan anak syarikat Majlis Agama Islam Selangor (Mais) yang bertanggungjawab mengurus dan menyelia hal ehwal kebajikan anak-anak yatim dan bantuan musibah kepada masyarakat Islam di Selangor.


Pengarang :