Sebahagian pegamal media berkumpul dan memegang plakad sebagai tanda solidariti kepada wartawan dan jurufoto yang terkorban di Gaza sempena Himpunan #SavePress4Gaza Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada 18 November 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDAGLOBAL

106 wartawan terkorban setakat 84 hari serangan di Gaza

GAZA, 30 DIS: Tentera Israel membunuh 106 wartawan Palestin di Semenanjung Gaza dalam tempoh 84 hari sejak serangan bermula pada 7 Okt, lapor Agensi Anadolu.

Pejabat Media Gaza memaklumkan seorang lagi wartawan TV Al-Quds terbunuh dalam serangan di Kem Pelarian Nuseirat di tengah Semenanjung Gaza, menjadikan jumlah pengamal media yang terbunuh kepada 106 orang.

Dalam satu kenyataan sebelum ini, pejabat itu berkata Israel sengaja membunuh wartawan di Gaza untuk menutup naratif Palestin, menyembunyikan kebenaran dan menghalang berita serta maklumat daripada tersebar ke peringkat antarabangsa.

-BERNAMA-ANADOLU


Pengarang :