Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menyediakan perkhidmatan kaunter bergerak Shah Alam On Wheels (SAOW) di kawasan awam pada hujung minggu untuk kemudahan orang ramai berurusan. Foto MBSA
PBTSELANGOR

Pejabat bergerak MBSA di program Darul Ehsan Berselawat esok

SHAH ALAM, 30 DIS: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menyediakan perkhidmatan pejabat bergerak di Dataran Karnival, pekarangan Stadium Shah Alam, esok, bermula jam 1 petang.

Pihak berkuasa tempatan (PBT) itu menerusi Facebook memaklumkan, perkhidmatan Shah Alam On Wheels (SAOW) diadakan pada program Darul Ehsan Berselawat 3.0 sempena sambutan ambang tahun baharu.

“MBSA turut tidak melepaskan peluang membuka pejabat bergerak SAOW bagi menyampaikan maklumat serta perkhidmatan yang disediakan.

“Pelbagai pameran dan aktiviti menarik disediakan sepanjang program tersebut. Orang ramai dijemput hadir,” maklum MBSA.

SAOW menyediakan pelbagai perkhidmatan antaranya semakan dan pembayaran cukai taksiran, semakan dan pembayaran kompaun tempat letak kereta, kaunter aduan, semakan status lesen komposit dan penjaja, jualan buku pelan setara dan sebagainya.

SAOW adalah platform yang disediakan MBSA untuk memudahkan orang ramai berurusan pada hari cuti hujung minggu tanpa perlu hadir ke kaunter.


Pengarang :