Tasik Unisel Bestari Jaya yang menjadi lokasi program memancing ‘BCORIAN Masuk Universiti’ anjuran Fishing Buddies Academy (FBA Academy) pada 10 Januari 2021. Foto Facebook Unisel
PBTSELANGOR

Larangan memancing di taman awam kecuali di Kelana Jaya mulai 2024

SHAH ALAM, 31 DIS: Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) menguat kuasa larangan memancing di semua taman awam kecuali di Taman Bandaran Kelana Jaya.

MBPJ memaklumkan peraturan baharu bermula 1 Januari tertakluk di bawah Undang-undang Kecil Taman Majlis Perbandaran Petaling Jaya 2005.

Bagi aktiviti memancing di Taman Bandaran Kelana Jaya, jelasnya pemancing perlu mendapatkan pas daripada Jabatan Landskap MBPJ.

“Pas bulanan dijual pada harga RM30 untuk setiap joran manakala bagi pas tahunan pada harga RM240 untuk setiap joran.

“Waktu memancing yang ditetapkan adalah pada Sabtu, Ahad dan hari kelepasan am antara jam 7 pagi hingga 7 petang,” katanya di Facebook.

MBPJ turut melarang penggunaan peralatan memancing yang boleh mengancam keselamatan pengunjung.

Taman Bandaran Kelana Jaya merupakan taman awam terbesar dan popular dalam kalangan warga Petaling Jaya. Ia memiliki tujuh tasik serta menyediakan pelbagai kemudahan riadah.


Pengarang :