Orang ramai membeli barangan keperluan asas yang dijual murah berbanding pasaran pada program Jualan Ehsan Rahmah DUN Dengkil di Dewan Orang Ramai Taman Gemilang, Sepang pada 31 Disember 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

Hebahan jualan murah di media sosial bantu orang ramai ketahui lokasi terkini

SEPANG, 31 DIS: Inisiatif Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) membuat hebahan lokasi terkini program Jualan Ehsan Rahmah (JER) di platform media sosial membantu pembeli mendapatkan maklumat terkini penganjurannya.

Jurujual Syafriza Yulmasri, 21 berkata inisiatif itu sangat membantu dan menerusi platform berkenaan beliau mendapatkan maklumat lokasi terdekat bagi mendapatkan barangan keperluan.

Syafriza Yulmasri, 21. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI

“Saya ikuti Facebook PKPS. Keluarga saya ramai jadi boleh berjimat bila membeli di sini,” katanya pada program peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Dengkil di Dewan Orang Ramai Taman Gemilang di sini hari ini.

Kakitangan kerajaan Muhammad Azhelry Yusuf, 41, berkata kualiti barangan menyebabkannya tidak lagi membeli barang mentah seperti daging, ayam, telur dan ikan di tempat lain atau pasar raya.

“Saya memang tunggu program JER dan ikuti jadual di Facebook untuk beli barangan di sini kerana kualitinya sama malah kadang kala lebih baik dari pasar raya, harga lebih murah.

Muhammad Azhelry Yusuf, 41. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI

“Dengan keadaan ekonomi tidak menentu sekarang program ini meringankan beban rakyat, saya harap ia diteruskan,” katanya.

JER yang dahulunya dikenali sebagai Jelajah Ehsan Rakyat menawarkan ayam standard RM10 seekor, daging pejal segar (RM10 per pek), telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6 setiap pek), minyak masak lima kg (RM25) dan beras lima kg (RM13).

Orang ramai boleh menyemak lokasi lengkap jualan murah setiap hari (kecuali Jumaat dan cuti umum) di Facebook PKPS atau pautan http://linktr.ee/myPKPS.

Pengarang :