Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj dan Tengku Permaisuri Hajah Norashikin menzahirkan ucapan Selamat Tahun Baharu 2024 kepada rakyat Selangor dan Malaysia. Foto Facebook Selangor Royal Office
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Sultan Selangor, Tengku Permaisuri zahir ucapan Selamat Tahun Baharu 2024

SHAH ALAM, 31 DIS: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menzahirkan ucapan Selamat Tahun Baharu 2024 kepada rakyat negeri ini khasnya dan Malaysia amnya.

Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj dan Tengku Permaisuri Hajah Norashikin berharap 2024 menghadirkan lebih banyak kecemerlangan serta kejayaan dalam segenap aspek kepada rakyat khususnya ekonomi.

“Baginda mahu agar semua pihak tidak mengira fahaman politik, sama-sama menggembleng tenaga dan memberi fokus kepada usaha demi memastikan kesejahteraan dan kelangsungan hidup rakyat,” menurut Selangor Royal Office di Facebook.

Baginda juga berharap rakyat menyambut tahun baharu dengan resolusi dan azam yang memberi manfaat bukan sahaja kepada diri sendiri tetapi negara ke arah memperteguh keamanan serta kemakmuran.

“Semoga tahun 2024 akan menjadi tahun yang lebih baik buat semua rakyat berbilang bangsa dan agama di Malaysia,” menurut kenyataan itu.


Pengarang :