GAZA, 31 DIS: Bekas Menteri Wakaf dan Hal Ehwal Agama Palestin Sheikh Yousef Salama terbunuh hari ini dalam serangan udara Israel ke atas rumahnya di kem pelarian al-Maghazi di tengah Semenanjung Gaza.
Pewarta Agensi Berita Palestin (WAFA) melaporkan pesawat pejuang Israel menyasarkan kediaman Sheikh Yousef yang juga pendakwah Masjid Al-Aqsa, mengakibatkan kematiannya dan kecederaan beberapa ahli keluarganya.
Serangan berterusan Israel ke atas Gaza sejak 7 Oktober lalu mengakibatkan lebih 21,650 warga Palestin terbunuh manakala lebih 56,000 lagi cedera.
Ribuan penduduk masih hilang dengan 70 peratus daripada mangsa adalah kanak-kanak dan wanita.
– BERNAMA-WAFA