Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berucap ketika majlis Darul Ehsan Berselawat 3.0 sempena sambutan ambang Tahun Baharu di Dataran Karnival, pekarangan Stadium Shah Alam pada 31 Disember 2023. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

MB: Program Darul Ehsan Berselawat bakal diperluas ke setiap daerah

SHAH ALAM, 1 JAN: Kerajaan Selangor berhasrat memperluas program Darul Ehsan Berselawat ke seluruh daerah tahun ini sebagai usaha menyuburkan jiwa umat Islam negeri ini.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata program keagamaan akan diisi dengan alunan zikir, pengajian kitab warisan, turath selain selawat ke atas Nabi Muhammad SAW.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berucap ketika majlis Darul Ehsan Berselawat 3.0 sempena sambutan ambang Tahun Baharu di Dataran Karnival, pekarangan Stadium Shah Alam pada 31 Disember 2023. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI

“Insya-Allah program ini bukan hanya jadi program bulanan dan tahunan, tetapi akan dilimpahkan di seluruh daerah. Kita akan laksanakan setiap bulan dan setiap masa yang berkesempatan.

“Program ini sebahagian usaha Kerajaan Negeri menumbuhkan dan menghidupkan hati manusia kerana kita bukan mahu membina bangunan yang agam, mewah serta kemudahan paling moden tetapi ingin membangunkan jiwa manusia,” katanya.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari mengalunkan zikir ketika majlis Darul Ehsan Berselawat 3.0 sempena sambutan ambang Tahun Baharu di Dataran Karnival, pekarangan Stadium Shah Alam pada 31 Disember 2023. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI

Beliau berucap pada program Darul Ehsan Berselawat 3.0 sempena sambutan ambang Tahun Baharu Dataran Karnival, pekarangan Stadium Shah Alam di sini malam tadi.

Edisi sulung Darul Ehsan Berselawat anjuran Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Selangor (Pekawanis) diadakan pada 14 Januari manakala siri kedua pada 29 Julai.

Ribuan Umat Islam menghadiri majlis Darul Ehsan Berselawat 3.0 sempena sambutan ambang Tahun Baharu di Dataran Karnival, pekarangan Stadium Shah Alam pada 31 Disember 2023. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI

Program itu bertujuan menyemai rasa cinta kepada Rasulullah SAW, memohon keberkatan Allah dan menghindar daripada perkara memudaratkan rakyat negeri ini.

Penganjuran majlis itu juga selaras dengan konsep Malaysia Madani yang menyokong ke arah pembinaan sahsiah insan dan ketamadunan.

Umat Islam menghadiri majlis Darul Ehsan Berselawat 3.0 sempena sambutan ambang Tahun Baharu di Dataran Karnival, pekarangan Stadium Shah Alam pada 31 Disember 2023. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI

Pengarang :