Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berucap ketika Jelajah Kita Selangor Penyayang (JKSP) daerah Hulu Langat di Taman Impian Ehsan, Hulu Langat pada 4 Mac 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKI
AGENDANASIONALPILIHAN MINGGUAN

Tingkat pemahaman rakyat terhadap program kebajikan, pastikan semua dapat manfaat

GOMBAK, 1 JAN: Kerajaan Negeri akan meningkatkan usaha memberi penerangan dan pemahaman kepada rakyat terhadap program kebajikan agar lebih ramai mendapat manfaat.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata tumpuan turut diberikan kepada pelaksanaan semua projek yang dirancang bagi memacu pertumbuhan ekonomi negeri.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari bercakap kepada Media Selangor selepas Program Edaran Kalendar Parlimen Gombak dan DUN Sungai Tua di Pasar Pagi Selayang, Gombak pada 1 Januari 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI

“Saya ingin menyempurnakan tugas dan perancangan yang telah disusun sejak beberapa tahun lalu sebagai contoh memulakan pembinaan semula Stadium Shah Alam.

“Selain itu, fokus saya juga melaksanakan program peningkatan ekonomi seperti projek Pembangunan Kawasan Sabak Bernam (SABDA) dan Wilayah Pembangunan Bersepadu Selangor Selatan (IDRISS).

“Kerajaan Negeri juga akan meningkatkan penerangan dan pemahaman rakyat terhadap program-program kebajikan yang disediakan untuk memastikan rakyat mendapat manfaat sebanyak mungkin,” katanya ketika ditemui pada program edaran kalendar 2024 di Pasar Selayang Baru, hari ini.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari mengedarkan kalendar pada Program Edaran Kalendar Parlimen Gombak dan DUN Sungai Tua di pasar pagi Selayang, Gombak pada 1 Januari 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI

Terdahulu, Dato’ Menteri Besar memaklumkan Selangor mengutip hasil RM2.7 bilion setakat 31 Disember sekali gus melebihi sasaran yang ditetapkan.

Dato’ Menteri Besar berkata ekonomi negeri berkembang baik melalui Rancangan Selangor Pertama (RS-1) susulan pelaksanaan projek SABDA.

Menurut Dato’ Seri Amirudin Shari, projek lain termasuklah IDRISS dan Gerbang Maritim Selangor (SMG) dan pelabuhan Pulau Carey.

Dalam pada itu, beliau berkata rakyat negeri ini menikmati pelbagai manfaat melalui program kebajikan yang diperkenal bawah Iltizam Selangor Penyayang (ISP) termasuk Jelajah Ehsan Rahmah yang memberi peluang kepada mereka memiliki barangan asas dengan murah.


Pengarang :