A torii gate is damaged after an earthquake at a shrine in Kanazawa, Ishikawa prefecture, Japan Monday, Jan. 1, 2024. Japan issued tsunami alerts Monday after a series of strong quakes in the Sea of Japan. (Kyodo News via AP)
Kesan gempa bumi di wilayah Ishikawa di tengah Jepun pada 1 Januari 2024. Foto REUTERS
AGENDAGLOBAL

Jepun rekod 29 gempa bumi dalam 2 jam

TOKYO, 1 JAN: Sebanyak 29 gempa bumi dengan magnitud maksimum 7.6 berlaku di wilayah Ishikawa dan Niigata di Jepun dalam tempoh dua jam pada Isnin, menurut data yang dianalisis oleh Sputnik.

Gegaran bawah tanah bermula pada pukul 4.06 petang waktu tempatan (07:06 GMT).

Ketua Setiausaha Kabinet Jepun Yoshimasa Hayashi berkata sekurang-kurangnya enam rumah telah runtuh akibat aktiviti seismik.

“Setakat ini, enam bangunan telah runtuh dengan kemungkinan ada mangsa yang terperangkap di bawah runtuhan,” kata Hayashi.

Beliau berkata pihak berkuasa tidak memiliki sebarang maklumat mengenai penduduk yang cedera.

Apabila diminta mengulas laporan media Jepun mengenai runtuhan kira-kira 100 bangunan, Hayashi berkata kerajaan Jepun sedang mengesahkan maklumat berkenaan.

– BERNAMA-SPUTNIK


Pengarang :