Ahli Parlimen Bangi Syahredzan Johan (empat, kanan) menggaul yee sang sempena Pesta Budaya dan Warisan Kebudayaan Chap Goh Mei Kajang di Jalan Mendaling, Kajang pada 5 Februari 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
ADNSELANGOR

Warga DUN Sungai Ramal dipelawa mohon baucar beli-belah Tahun Baharu Cina

SHAH ALAM, 2 JAN: Warga Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Ramal dipelawa memohon baucar beli-belah Tahun Baru Cina bermula hari ini hingga 19 Januari.

Ahli Parlimen Bangi Syahredzan Johan memaklumkan permohonan inisiatif Jom Shopping itu dibuka kepada masyarakat yang menyambut perayaan itu dengan syarat pengundi dan penduduk di kawasan berkenaan.

“Borang boleh diambil di pusat khidmat rakyat Parlimen Bangi atau muat turun melalui pautan https://bit.ly/BorangJSPCNYN26.

“Hanya seorang pemohon yang layak bagi setiap keluarga dengan pendapatan isi rumah RM4,000 (keluarga) atau RM3,000 (bujang) dan ke bawah berserta dokumen lengkap,” katanya di Facebook.

Mengulas lanjut katanya penerima Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS), Skim Mesra Usia Emas (SMUE) dan Skim Mesra Insan Istimewa (SMIS) tidak layak memohon baucar RM200 itu.

Untuk maklumat lanjut datang ke pusat khidmat rakyat Parlimen Bangi atau hubungi 03-87401108.

Belanjawan Selangor 2024 memperuntuk RM16.48 juta bagi program pemberian baucar Jom Shopping sempena perayaan yang bakal memanfaatkan 82,400 penerima.

Selain Tahun Baru Cina program bantuan itu turut diberi kepada keluarga kurang berkemampuan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri dan Deepavali bagi membeli barangan keperluan.

Nilai baucar juga dinaikkan daripada RM100 kepada RM200 berikutan situasi ekonomi dan keperluan rakyat.


Pengarang :