Orang ramai menyemak dan membayar cukai serta kompaun di kaunter bergerak Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) yang dibuka di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Keramat, Hulu Kelang pada 17 Jun 2023. Foto Majlis Perbandaran Ampang Jaya
BERITA UTAMAPBTSELANGOR

Bayar cukai taksiran MPAJ, berpeluang menang motosikal

SHAH ALAM, 3 JAN: Warga Ampang berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah berupa empat motosikal apabila membayar cukai taksiran Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ).

MPAJ memaklumkan pelbagai hadiah bulanan turut ditawar seperti peti sejuk tiga pintu, televisyen, mesin basuh, basikal lipat, komputer riba, tablet dan penapis udara.

“Caranya mudah sahaja dengan membuat bayaran Cukai Taksiran MPAJ 2024 melalui Icomm MPAJ di pautan https://icomm.mpaj.gov.my atau boleh muat turun di Google Play atau App Store.

“Selain itu syarat utama penyertaan adalah tiada tunggakan cukai taksiran,” katanya di Facebook.

Tempoh bayaran bermula dari 1 Januari hingga 29 Februari bagi penggal pertama dan 1 Julai hingga 31 Ogos bagi penggal kedua.

Untuk keterangan lanjut layari http://www.mpaj.gov.my atau hubungi Jabatan Hasil MPAJ di talian 03-4285 7358, 03-4285 7294 atau WhatsApp 019-333 3927.


Pengarang :