Eksekutif Unit Kutipan dan Agihan Bahagian Korporat Perbadanan Wakaf Selangor Ustaz Ibnu Hubain Abdul Aziz menyerahan sumbangan RM50,000 kepada Guru Besar Sekolah Rendah Agama (SRA) Bandar Utama Siti Kauthar Tolos bagi menaik taraf surau SRA berkenaan pada 4 Januari 2024. Foto Facebook Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) MAIS
AGENSISELANGOR

Wakaf Selangor sumbang RM50,000 bantu naik taraf surau SRA di Batang Kali

SHAH ALAM, 4 JAN: Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) menyerahkan sumbangan RM50,000 kepada Sekolah Rendah Agama (SRA) Bandar Utama, Batang Kali.

Agensi itu memaklumkan, sumbangan wakaf tunai berkenaan adalah bagi kerja naik taraf Musolla Al-Kauthar di SRA berkenaan.

“Gimik penyerahan sumbangan disempurnakan dengan kehadiran Guru Besar SRA Bandar Utama Siti Kauthar Tolos.

“PWS turut berkesempatan mengadakan sesi penerangan wakaf tunai yang disampaikan Eksekutif Unit Kutipan dan Agihan di Bahagian Korporat Ustaz Ibnu Hubain Abdul Aziz,” menurutnya di Facebook.

Dalam majlis tersebut, PWS menambah, warga pendidik turut berkesempatan melaksana ibadah wakaf melalui potongan gaji dan tunai.

Penubuhan PWS adalah anak syarikat Majlis Agama Islam Selangor (Mais) yang diwartakan pada 11 Januari 2011 hasil buah fikiran Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor.

Dua tahun sebelum itu, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj bertitah supaya Mais menubuhkan perbadanan agar pengurusan wakaf dapat diperkasa seperti pengurusan zakat.


Pengarang :