Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari bersama penerima baucar selepas majlis perasmian Tekad Pendidikan #KitaSelangor: Penyerahan E-Baucar Buku Kepada Mahasiswa Selangor 2023 di Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi pada 6 November 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Penebusan baucar buku mahasiswa Selangor dilanjut hingga 31 Januari

PUTRAJAYA, 6 JAN: Tempoh penebusan bantuan e-baucar buku mahasiswa Kita Selangor dilanjut sehingga 31 Januari ini.

Ketua Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) dan Komunikasi Korporat Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI berkata sejak dilancarkan November lalu, 62 peratus daripada RM200,000 yang diperuntukkan untuk e-baucar buku sudah ditebus.

Ahmad Azri Zainal Nor berkata majoriti penebusan oleh mahasiswa adalah bagi pembelian buku akademik dan ilmiah.

Ketua Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) MBI Selangor Ahmad Azri Zainal Nor bercakap kepada media selepas menyempurnakan simbolik pelepasan Konvoi Misi Bantuan Banjir Pantai Timur bersama Menteri Pendidikan di Presint 10, Putrajaya pada 5 Januari 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

“Kita lanjutkan tarikh penebusan dari 31 Disember lalu ke 31 Januari ini. Jadi mahasiswa yang layak masih boleh tebus dan saya galakkan untuk mereka tebus awal tanpa menunggu saat akhir.

“Saya dimaklumkan juga penebusan banyak untuk pembelian buku akdemik bermakna e-baucar disalurkan Kerajaan Negeri ini digunakan dengan sebaiknya oleh mahasiwa,” katanya ditemui selepas majlis pelepasan Misi Pascabanjir Pantai Timur Wanita Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) di sini, semalam.

Mahasiwa yang layak boleh menebus e-baucar dan membuat pembelian buku secara digital menerusi pautan https://mall.bookcapital.com.my/ milik Perbadanan Kota Buku iaitu agensi di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia.

Menteri Pendidikan yang juga Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Pusat Fadhlina Sidek melihat barangan keperluan harian sebelum menyempurnakan simbolik pelepasan Konvoi Misi Bantuan Banjir Pantai Timur di Presint 10, Putrajaya pada 5 Januari 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

Tawaran bantuan e-baucar buku mahasiswa Kita Selangor dilancarkan oleh Dato’ Menteri Besar Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari 6 November lalu yang memanfaatkan 1,000 mahasiswa dengan peruntukan keseluruhan RM200,000.

Terdahulu, Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Fadhlina Sidek yang juga Menteri Pendidikan menyempurnakan majlis pelepasan misi pascabanjir Pantai Timur membabitkan pelbagai jenis barangan keperluan berjumlah lebih RM300,000.

Barangan keperluan termasuk kit kebersihan, barangan bayi seperti lampin pakai buang, botol susu dan susu bayi, tuala wanita, pakaian, telekung, sejadah serta bakul makanan disumbangkan kepada mangsa banjir di Kelantan, Terengganu dan Pahang.

Petugas sukarelawan mengangkat barangan keperluan pada majlis pelepasan Konvoi Misi Bantuan Banjir Pantai Timur di Presint 10, Putrajaya pada 5 Januari 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

Pengarang :