Program Jualan Termurah, Khidmat Demi Rakyat di PPR Kerinchi pada 6 Januari 2024 menjual barangan keperluan pada harga lebih murah berbanding pasaran. Foto Facebook BERNAMA
AGENDANASIONAL

Ikan cencaru tiga ekor RM1 antara tumpuan jualan murah di Kerinchi hari ini

KUALA LUMPUR, 6 JAN: Orang ramai tidak melepaskan peluang mendapatkan barangan keperluan terutama barang basah sempena program Jualan Termurah, Khidmat Demi Rakyat hari ini.

Seawal 7.30 pagi, orang ramai sudah mula beratur di kawasan berhampiran Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kerinchi, iaitu lokasi berlangsungnya program anjuran Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lembah Pantai itu.

Menteri Komunikasi yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai Fahmi Fadzil dijangka hadir merasmikan program berkenaan.


Orang ramai beratur sejak 7.30 pagi untuk membeli pelbagai barangan basah pada harga murah dalam program Jualan Termurah, Khidmat Demi Rakyat di PPR Kerinchi pada 6 Januari 2024. Foto Facebook BERNAMA

Dalam program itu, orang ramai boleh mendapatkan barangan keperluan seperti beras lima kilogram (5kg) yang dijual pada harga RM16.50, ikan siakap RM7 seekor, tiga ekor ikan cencaru yang dijual dengan harga RM1 dan ayam segar RM8.50 sekilogram.

Selain itu, buah-buahan juga boleh didapati pada program berkenaan.

– BERNAMA


Pengarang :