Graduan Majlis Konvokesyen Universiti Islam Selangor (UIS) Kali Ke-26 di Pusat Konvensyen UIS, Bangi pada 24 September 2023. Foto Universiti Islam Selangor (UIS)
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Galak sambung belajar, alumni Universiti Islam Selangor ditawar insentif khas

SHAH ALAM, 7 JAN: Universiti Islam Selangor (UIS) menyediakan enam tawaran khas kepada alumninya untuk menyambung pengajian di universiti itu bagi pengambilan Januari.

Institut pengajian tinggi tersebut memaklumkan insentif merangkumi yuran pendaftaran percuma dan pengurangan yuran pengajian sebanyak 10 peratus.

Tawaran lain ialah 50 peratus insentif akademik yuran graduasi, 30 hingga 50 peratus pemindahan jam kredit dan 15 peratus insentif akademik yuran pengajian.

“Selain itu turut disediakan ialah rebat RM150 tiket kapal terbang bagi pelajar Sabah, Sarawak serta Labuan, tertakluk kepada terma dan syarat.

“Untuk maklumat lanjut hubungi kami di talian 03-89117072, 03-89117073, 019-3896937 (Whatsapp) atau boleh ke pejabat pemasaran UIS,” katanya di Facebook.

UIS adalah pusat pengajian tinggi milik Kerajaan Selangor dan berjaya melahirkan 27,365 graduan antara 1998 hingga 2022.


Pengarang :