ADNSELANGOR

ADN Seri Setia anjur hari bertemu rakyat setiap Khamis, 3 hingga 5 petang

SHAH ALAM, 8 JAN: Ahli Dewan Negeri (ADN) Seri Setia akan mengadakan Hari Bertemu Rakyat pada setiap Khamis mulai 3 hingga 5 petang.

Dr Fahmi Ngah berkata program bertujuan mendengar masalah dan pandangan orang ramai akan bermula 11 Januari ini, bertempat di No 31D Kelana Mall, Kelana Jaya.

“Oleh yang demikian, bagi mengelakkan penduduk untuk datang secara serentak. Penduduk perlu membuat janji temu terlebih dahulu bagi mengurangi penyebaran wabak Covid-19,” katanya menerusi Facebook.

Janji temu boleh dibuat menerusi WhatsApp di talian 018-2060359.


Pengarang :