Pengurus Besar Yayasan Islam Darul Ehsan (Yide) Nur Mohd Razali Abdullah (berdiri, tengah) bergambar bersama penerima sumbangan pada program Hari Terbuka Rumah Anak Yatim Selangor di Kompleks PKNS, Shah Alam pada 30 September 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Yide buka pendaftaran baharu anak yatim sehingga 27 Januari

SHAH ALAM, 8 JAN: Yayasan Islam Darul Ehsan (Yide) membuka pendaftaran baharu anak yatim bagi tahun ini sehingga 27 Januari ini.

Agensi itu di Facebook memaklumkan pihaknya sedang mengemaskini data dan pendaftaran baharu boleh dibuat melalui pautan www.epayns.com.my

Sebarang pertanyaan boleh hubungi Yide di talian 03-3345 9900 atau 017-756 9476 (Zubair).

Sebelum ini, agensi berkenaan menjangkakan Kompleks Asrama Anak Yatim di Pulau Indah yang giat dibangunkan siap sepenuhnya hujung Januari 2026.

Projek dengan kerjasama pihak Central Spectrum (M) Sdn Bhd itu mampu memuatkan 200 anak yatim selain kemudahan lengkap seperti surau dan dewan.

Pengurus Besar Yayasan Islam Darul Ehsan, Nur Mohd Razali Abdullah (dua, kanan) menunjukkan replika model projek pembangunan Kompleks Asrama Anak Yatim Pulau Indah di ibu pejabat Yayasan Islam Darul Ehsan (Yide) pada 10 Februari 2022. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

Justeru Yide mengalu-alukan sumbangan dari masyarakat untuk membantu menjayakan pembinaan kompleks berkenaan dengan sumbangan boleh dilakukan menerusi yide.com.my

Yide merupakan anak syarikat Majlis Agama Islam Selangor (Mais) yang bertanggungjawab mengurus dan menyelia hal ehwal kebajikan anak-anak yatim dan bantuan musibah kepada masyarakat Islam di Selangor.


Pengarang :