PBTSELANGOR

MBSA edar baju-T percuma, anjur jualan murah sempena Hari Tanpa Kenderaan

SHAH ALAM, 8 JAN: Sebanyak 688 baju-T percuma diedar secara kepada pengunjung sempena ulang tahun kelapan program Hari Tanpa Kenderaan Shah Alam pada 14 Januari ini.

Ketua bahagian korporat dan perhubungan awam Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) berkata pelbagai aktiviti menarik disediakan dalam acara yang berlangsung  di hadapan Wisma MBSA.

“Orang ramai berpeluang menyertai pelbagai aktiviti menarik seperti aktiviti berkuda, Shah Alam Car Free Day – Fun Ride, Fun Walk, kayuhan santai, senamrobik, trak makanan, dan persembahan kombo MBSA.

“MBSA juga menyediakan aktiviti kepada kanak-kanak seperti aktiviti mewarna, Petting Zoo, Parrot Brothers, Inflatable Playground, dan perpustakaan bergerak,” kata Mohd Azhar Mohd Sharif dalam satu kenyataan, hari ini.

Mohd Azhar berkata, program Hari Tanpa Kenderaan Shah Alam ke-8 menampilkan Jualan Barangan Prihatin MBSA yang julung kali diadakan tahun ini.

Menurutnya, jualan itu menawarkan pelbagai barangan keperluan asas seperti tepung gandum, beras, telur, dan minyak masak yang dijual pada harga lebih rendah berbanding pasaran.

“Kita sediakan 300 kuantiti bagi setiap barangan dan harganya adalah 30 peratus lebih rendah berbanding pasaran. Orang ramai dipelawa hadir awal kerana stok adalah terhad,” katanya.

Sebanyak 688 baju-T percuma diedar secara kepada pengunjung sempena ulang tahun kelapan program Hari Tanpa Kenderaan Shah Alam pada 14 Januari ini. Foto Facebook MBSA

Pengarang :