Pemangku Pengurus Operasi Bahagian Kebajikan Yayasan Islam Darul Ehsan (Yide) Muhammad Zubair Azizan (kanan) meninjau kediaman yang terbakar selain menyerahkan sumbangan wang tunai kepada mangsa di Kampung Sungai Salak Tambahan Batu 9, Gombak pada 8 Januari 2024. Foto Facebook Yide
AGENSISELANGOR

Yide ziarah mangsa kebakaran, hulur bantuan tunai, pek barangan asas

Oleh NAS NORZIELA NASBAH

SHAH ALAM, 9 JAN: Yayasan Islam Darul Ehsan (Yide) menghulur bantuan kecemasan kepada mangsa kebakaran di Kampung Sungai Salak Tambahan Batu 9, Gombak semalam.

Sumbangan berbentuk wang tunai dan Pek Kasih Yide yang mengandungi barangan keperluan asas diberi bagi meringankan beban keluarga terbabit.

“Yide menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua penyumbang yang menyalurkan infak dana musibah. Hari ini Yide menyerahkan sumbangan kalian kepada orang yang berhak,” tulisnya Facebook.

Kejadian pada 5 Januari lalu telah memusnahkan hampir 90 peratus kediaman mangsa menyebabkan kesemua ahli keluarganya tinggal sementara di rumah saudara.

Yide turut mengajak orang ramai menyalurkan infak bagi membantu mangsa yang ditimpa musibah atau bencana melalui infaq dana atau infaqYIDE


Pengarang :