EXCO Pelancongan Dato’ Ng Suee Lim bergambar bersama ejen pelancongan Thailand yang menyertai lawatan ke Anjung Utara selama tiga hari dua malam di hadapan Pejabat ADN Sekinchan, Sabak Bernam pada 9 Januari 2024. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
BERITA UTAMAEXCOSELANGOR

Tarikan Anjung Utara bakal gamit pelancong, promosi Tahun Melawat Selangor 2025

SABAK BERNAM, 10 JAN: Seramai 40 ejen pelancongan dari Hatyai, Songkla dan Betong, Thailand mengadakan lawatan sekitar Kuala Selangor hingga Sabak Bernam bagi melihat tempat menarik.

EXCO Pelancongan Dato’ Ng Suee Lim berkata kehadiran kumpulan pertama dari negara luar itu ke Anjung Utara negeri bakal mempromosikan kawasan berkenaan sekali gus mampu menarik kehadiran lebih ramai pelancong negara gajah putih.

“Program berkonsep agro dan eko-pelancongan ini berjalan tiga hari dua malam. Kita bawa mereka ke lokasi menarik antaranya galeri padi, Pantai Redang, Sky Mirror dan Pusat Konservasi Kelip-kelip.

EXCO Pelancongan Dato’ Ng Suee Lim meraikan ejen pelancongan dari Thailand yang melawat Anjung Utara di Pejabat ADN Sekinchan, Sabak Bernam pada 9 Januari 2024. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

“Ini peluang kita memperkenalkan Selangor kepada penduduk Thailand. Kita yakin usaha dijalankan bersama Tourism Selangor ini berhasil dan bakal terima pelancong ramai dari sana,” katanya ketika menerima kehadiran kumpulan berkenaan.

Suee Lim berkata dalam masa terdekat, Anjung Utara juga bakal dikunjungi kumpulan pelancong dari China dan India yang berminat mengadakan lawatan ke situ.

“Untuk permulaan kita fokus kepada kawasan utara dan bakal meluaskan program hingga ke Klang Bandar Diraja serta Anjung Selatan melibatkan Sepang dan Kuala Langat.

EXCO Pelancongan Dato’ Ng Suee Lim menerangkan produk eko dan agro pelancongan yang ada di Selangor kepada ejen pelancongan dari Thailand yang melawat Anjung Utara di Pejabat ADN Sekinchan, Sabak Bernam pada 9 Januari 2024. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

“Usaha ini juga merupakan kesinambungan proses mempromosi Tahun Melawat Selangor 2025 di peringkat global yang bertemakan Splendid Selangor, Take Me Anywhere!,” katanya sambil turut memperkenalkan lokasi menarik di Selangor antaranya Selangor Fruit Valley dan ladang buah naga di Sungai Pelek, Sepang.

Pada September, Suee Lim memaklumkan Kerajaan Negeri bakal memperkenalkan Tahun Melawat Selangor 2025 sebagai usaha menyemarak industri pelancongan dengan sasaran lapan juta pelancong.

EXCO Pelancongan Dato’ Ng Suee Lim menyerahkan cenderahati kepada wakil ejen pelancongan Thailand yang menyertai lawatan ke Anjung Utara selama tiga hari dua malam di Pejabat ADN Sekinchan, Sabak Bernam pada 9 Januari 2024. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

Pengarang :