Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari menyerahkan baucar Jom Shopping kepada peserta sempena perayaan Tahun Baharu Cina di Pusat Khidmat Rakyat DUN Sungai Tua, Gombak pada 23 Januari 2022. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Negeri agih 23,900 baucar beli-belah sempena Tahun Baharu Cina

SHAH ALAM, 10 JAN: Pentadbiran negeri menyediakan 23,900 baucar Jom Shopping sempena sambutan Tahun Baharu Cina tahun ini kepada rakyat memerlukan di Selangor.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari menjelaskan agihan bernilai RM200 setiap seorang melibatkan dana RM4.78 juta yang diagihkan ke setiap kawasan.

“Baucar ini akan diagihkan ke setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk diserahkan kepada mereka yang memerlukan,” katanya menerusi kenyataan ringkas di Facebook.

Beliau berkata sebanyak RM16.48 juta disediakan bagi baucar Jom Shopping tahun ini meliputi 82,400 penerima ketika sambutan Tahun Baharu Cina, Hari Raya Aidilfitri dan Deepavali.

Syarat permohonan antaranya pendapatan isi rumah bagi penerima manfaat bawah RM3,000 sebulan.

 


Pengarang :