PBTSELANGOR

MPSepang buka permohonan permit tapak bazar Ramadan mulai 15 Januari

SHAH ALAM, 10 JAN: Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) membuka permohonan permit tapak bazar Ramadan secara dalam talian mulai 15 Januari hingga 12 Februari depan.

Pihak berkuasa tempatan (PBT) itu menerusi Facebook memaklumkan sebanyak 10 lokasi disediakan dan permohonan boleh dibuat melalui pautan https://ebazar.mpsepang.gov.my.

“Lokasi tapak bazar Ramadan 2024 di Kosmopleks Bandar Baru Salak Tinggi, Taman Putra Perdana Puchong, Tapak Pasar Malam Pekan Dengkil, Taman Perdagangan Harmoni Sungai Pelek dan Kipmmall Kota Warisan.

“Selain itu, Taman Mas Puchong, Desa Pinggiran Putra, Sungai Merab, Cyberjaya dan Dengkil Jaya,” katanya.

Sebarang pertanyaan hubungi hubungi Jabatan Perlesenan MPsepang di talian 03-8319 0255/256.


Pengarang :