PBTSELANGOR

MDSB buka permohonan 370 permit tapak bazar Ramadan secara dalam talian

SHAH ALAM, 10 JAN: Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) membuka permohonan permit tapak bazar Ramadan 2024 secara dalam talian dari 17 Januari hingga 23 Februari depan.

Pihak berkuasa tempatan (PBT) itu menerusi Facebook memaklumkan 370 petak ditawarkan membabitkan empat lokasi.

“Lokasi terlibat adalah Sekinchan iaitu berhadapan pasar awam dengan 66 petak diikuti di Jalan Bunga Matahari, Sungai Besar (100), Jalan Dataran Usahawan, Sabak (156) dan Dataran Tanah Lesen, Parit Baru (48).

“Antara syarat permohonan adalah pemohon berusia 18 tahun ke atas, sihat tubuh badan, tiada penyakit berjangkit dan perlu menyertakan salinan kad pengenalan, sijil suntikan anti tifoid dan sijil kursus pengendalian makanan,” katanya.

Sementara pemulangan borang permohonan adalah mengikut zon iaitu Sekinchan pada 30 hingga 31 Januari diikuti Sungai Besar (5-7 Februari), Sabak(14-16 Februari) dan Parit Baru (19-23 Februari).

Untuk pertanyaan lanjut, layari https://www.mdsb.gov.my/images//e-borang/jabatan-pelesenan/PERMOHONAN%20BAZAR%20RAMADAN%202024%201.pdf atau hubungi Jabatan Pelesenan 03-3224 1655 sambungan 144/145 (waktu pejabat).


Pengarang :