Ahli Dewan Negeri Kajang Cheong Kian Young ketika program edaran bakul makanan kepada asnaf sekitar Saujana Impian anjuran Surau Ar-Raudhah, Saujana Impian pada 8 Januari 2024. Foto Facebook David Cheong
ADNSELANGOR

ADN Kajang belanja RM5,000 agih bakul makanan kepada 100 asnaf

SHAH ALAM, 10 JAN: Sebanyak RM5,000 diperuntuk Ahli Dewan Negeri (ADN) Kajang bagi pengagihan bakul makanan kepada lebih 100 asnaf fakir dan miskin Sabtu lalu.

Bertempat di Surau Ar-Raudhah, Saujana Impian, Cheong Kian Young menghulur bantuan tunai, beras, tepung, susu, sardin dan minyak masak bagi meringankan beban golongan terbabit.

“Program edaran bakul makanan ini bukan perkara baharu dan diadakan setiap bulan dengan menyantuni pelbagai golongan yang terkesan.

“Kita akan terus adakan bantuan bakul makanan selain meneruskan program sumbangan lain seperti pembaikan infrastruktur demi manfaat rakyat” katanya kepada Selangorkini.

Kian Young juga berharap peruntukan kepada Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang dapat ditambah berikutan jumlah pengundi melebihi 110,000.


Pengarang :