Maklumat berkaitan cuaca serata Malaysia boleh dirujuk dilaman sesawang www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Hujan lebat diramal landa Hulu Selangor hingga 12 tengah malam

SHAH ALAM, 9 JAN: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramal hujan lebat dan ribut petir melanda Hulu Selangor setakat 12 tengah malam ini.

Menurut agensi itu di Facebook, cuaca sama turut dijangka melanda beberapa kawasan di Sarawak.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :