Penduduk Palestin mencari mangsa di bawah runtuhan bangunan yang musnah akibat serangan Israel di Khan Younis di selatan Semenanjung Gaza pada 17 Oktober 2023. Foto REUTERS
AGENDAGLOBAL

Angka korban di Palestin cecah 23,210 orang, hampir 60,000 cedera

BANDARAYA GAZA, 11 JAN: Jumlah korban akibat serangan rejim Israel ke atas Semenanjung Gaza sejak 7 Oktober lalu meningkat kepada 23,210 orang, menurut Kementerian Kesihatan pada Selasa.

Kementerian itu dalam satu kenyataan memaklumkan sekurang-kurangnya 59,167 lagi cedera.

Agensi Anadolu melaporkan sejumlah mangsa masih berada di bawah runtuhan dan di jalan raya kerana ambulans tidak dapat masuk ke lokasi serangan disebabkan serangan udara dan darat bertubi-tubi yang dilancarkan tentera Israel.

Serangan berterusan rejim itu turut memusnahkan 60 peratus infrastruktur di Gaza manakala hampir dua juta penduduk hilang tempat tinggal.

Penduduk juga bergelut dengan kekurangan makanan, air bersih dan ubat-ubatan.

– AGENSI BERNAMA-ANADOLU


Pengarang :