Logo Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL)
PBTSELANGOR

MPKL sedia kaunter tambahan, van bergerak mudahkan urusan pada hari cuti

SHAH ALAM, 11 JAN: Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) membuka kaunter tambahan van bergerak sempena musim cukai penggal pertama tahun ini bagi memudahkan penduduk menjelaskan cukai taksiran.

Pihak berkuasa tempatan (PBT) itu menerusi Facebook memaklumkan kaunter tambahan berkenaan dibuka pada hari kelepasan Am dan cuti hujung minggu bermula 13 Januari hingga 29 Februari.

Lokasi kaunter tambahan itu ialah:

1. Dewan Orang Ramai Tanjong Sepat
2. Ruang legar Pasaraya SegiFresh, Telok Panglima Garang
3. Pondok pengawal pasar awam Sungai Jarum, Jenjarom
4. Kaunter lori bergerak Bandar Sri Ehsan dan Taman Banting Baru
5. Kaunter Ibu Pejabat Majlis Perbandaran Kuala Langat

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh hubungi bahagian Hasil di talian 03- 3853 0303 sambungan 1203/1210/1213 atau WhatsApp 019-471 6755

 


Pengarang :