AGENSISELANGOR

Keputusan ujian kelayakan khas tingkatan satu sekolah kendalian Jais boleh disemak mulai esok

SHAH ALAM, 11 JAN: Keputusan ujian kelayakan khas (UKK) ke tingkatan satu Sekolah Agama Menengah (SAM) Muhammadiah, SAM Bestari dan Maahad Integrasi Tahfiz Selangor (MITS) bagi kemasukan 2024 boleh disemak mulai jam 11 pagi esok.

Jabatan Agama Islam (Jais) menerusi Facebook memaklumkan semakan boleh dibuat menerusi pautan https://esekolah.jais.gov.my. Pemohon yang berjaya perlu mencetak surat tawaran.

“Semua pemohon SAM Muhammadiah, SAM Bestari dan MITS yang mendapat keputusan Mumtaz PSRA tahun 2023. Semakan UKK boleh dibuat pada esok jam 11 pagi hingga 14 Januari 2024.

“Pemohon yang berjaya diminta mencetak surat tawaran. Kegagalan tuan/puan mencetak dan hadir mengikut ketetapan akan menyebabkan tawaran terbatal secara automatik,” maklum Jais.

Sebarang pertanyaan boleh merujuk ke Unit Pendidikan Islam, Pejabat Agama Islam Daerah atau Seksyen Sekolah Menengah, Unit Pengurusan Sekolah, Bahagian Pendidikan Islam, JAIS untuk masalah teknikal di talian 03-55143638.


Pengarang :