Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan semasa sidang media selepas majlis pelancaran Kempen Keselamatan Jalan Raya Sempena Sambutan Perayaan Aidilfitri Peringkat Kontinjen Selangor di Dataran Kemerdekaan Shah Alam, Shah Alam pada 20 April 2023. Foto BERNAMA
AGENDAJENAYAH

Disyaki terlibat kes samun, rogol penuntut, dua anggota polis ditahan kerja

KUALA LUMPUR, 12 JAN: Dua anggota polis peronda yang ditahan kerana disyaki terlibat kes samun dan rogol penuntut sebuah kolej swasta di Bukit Ampang View di sini, kini ditahan kerja hingga siasatan kes berkenaan selesai.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan perkara itu.

“Ya, kedua-duanya ditahan kerja sementara siasatan jenayah dan siasatan tatatertib dilengkapkan,” katanya hari ini.

Beliau berkata polis juga akan mengambil keterangan semua individu terlibat termasuk penyelia dua anggota polis terbabit.

Dalam kejadian Selasa lalu, kedua-duanya iaitu Konstabel dan Lans Koperal berumur antara 20-an hingga 30-an itu dipercayai membawa penuntut dan rakan lelakinya ke tempat berasingan sebelum seorang daripada mereka bertindak merogol mangsa.

Kedua-dua anggota itu direman hingga Selasa ini bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.

– BERNAMA


Pengarang :