Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, Johor Bahru pada 26 September 2022. Foto BERNAMA
AGENDAJENAYAH

Ketua polis balai didakwa kasari orang awam dipindah ke jabatan lain

JOHOR BAHRU, 14 JAN: Ketua polis balai yang didakwa melakukan kekerasan terhadap orang awam baru-baru ini sudah dipindahkan ke jabatan lain.

Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata langkah itu diambil sementara menunggu hasil siasatan dalaman yang dilakukan pihaknya.

“Ketua polis balai berkenaan telah dipindahkan ke jabatan lain di Ibu Pejabat Polis Daerah Batu Pahat sementara siasatan dijalankan. Jabatan itu juga tidak memerlukan individu itu berurusan dengan awam,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata tindakan sewajarnya akan diambil selepas siasatan selesai.

Jumaat lalu, Kamarul Zaman berkata polis menyiasat dakwaan ketua polis balai melakukan kekerasan terhadap orang awam seperti dipaparkan video yang tular di media sosial baru-baru ini.

Video berdurasi 37 saat itu memaparkan individu itu menengking dan menampar berulang kali serta menarik rambut seorang lelaki di tempat awam yang tidak dinyatakan.

– BERNAMA


Pengarang :