Anakanda Sultan Brunei Pengiran Muda Abdul Mateen Bolkiah dan Dayang Anisha selamat diijabkabulkan dalam Majlis Istiadat Akad Nikah Diraja di Masjid Omar Ali Saifuddie di Brunei pada 11 Januari 2024. Foto Facebook Anwar Ibrahim
AGENDANASIONAL

Anwar, Dr Wan Azizah titip doa buat Putera Mateen, Dayang Anisha

KUALA LUMPUR, 14 JAN: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mendoakan semoga perkahwinan anakanda Sultan Brunei Pengiran Muda Abdul Mateen Bolkiah bersama Dayang Anisha Rosnah diberkati serta dirahmati Allah SWT.

Anwar dalam catatan di laman Facebook memaklumkan mereka amat berbesar hati menerima jemputan Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah dan Raja Isteri Pengiran Anak Saleha ke Istiadat Persandingan Diraja putera baginda berdua yang berlangsung di Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan hari ini.


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berdoa semoga perkahwinan anakanda Sultan Brunei Pengiran Muda Abdul Mateen Bolkiah dan Dayang Anisha diberkati dan dirahmati Allah SWT ketika Istiadat Persandingan Diraja di Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan pada 14 Januari 2024. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Dititipkan doa semoga perkahwinan ini diberkati dan dirahmati Allah SWT,” tulis beliau yang turut memuat naik beberapa keping gambar istiadat persandingan tersebut.

Menerusi catatan itu, Anwar juga memaklumkan beliau sempat bertemu dengan pemimpin ASEAN lain yang hadir ke majlis tersebut antaranya Presiden Indonesia Joko Widodo, Presiden Filipina Ferdinand Marcos Jr dan Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong.

Putera Abdul Mateen dan Dayang Anisha selamat diijabkabulkan dalam Majlis Istiadat Akad Nikah Diraja di Masjid Omar Ali Saifuddien Khamis lalu.

– BERNAMA


Pengarang :