PBTSELANGOR

MPAJ tawar hadiah hingga RM18,000 dalam pertandingan jimat tenaga elektrik, air

SHAH ALAM, 16 JAN: Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) menawarkan hadiah wang tunai sehingga RM18,000 dalam Pertandingan Jimat Tenaga Elektrik dan Air MPAJ, bermula Januari hingga 29 Februari ini.

Pihak berkuasa tempatan (PBT) itu berkata pertandingan dianjurkan sempena kempen MPAJ Bandar Rendah Karbon 2024, penduduk di kawasan pentadbiran MPAJ dialu-alukan turut serta dalam pertandingan berkenaan.

“Penilaian dibuat mengikut data kepenggunaan air dan elektrik dari Oktober hingga Disember lalu sahaja.

“Penyertaan terbuka dan percuma, pemenang akan diumumkan Jun ini,” maklumnya menerusi Facebook.

Mereka yang berminat boleh mengisi maklumat lengkap di pautan https://forms.gle/AU5stwYnkaNPxEv49 atau mengimbas kod QR pada poster tertera.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh hubungi Jabatan Perancangan Bandar MPAJ di talian 03-4285 7008 atau Shafiq (0122632369).


Pengarang :