Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Setia Haris Kasim dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Selayang Dato’ Mohd Yazid Sairi bergambar bersama penerima selepas majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Majlis Perbandaran Selayang 2023 di Setia Eco Templer, Gombak pada 19 Januari 2024. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
PBTSELANGOR

Anugerah khidmat cemerlang suntik semangat, kerja lebih dedikasi warga MPS

GOMBAK, 20 JAN: Seramai 88 kakitangan Majlis Perbandaran Selayang (MPS) menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2023 pada majlis yang berlangsung di Setia Eco Templer, di sini semalam.

Yang dipertuanya berkata anugerah berkenaan adalah pengiktirafan buat warga kerja MPS yang memberi perkhidmatan cemerlang sepanjang 2023.

“Pemilihan calon penerima APC ini berpandukan markah Laporan Penilaian Prestasi Tahunan (LNPT) Tahun 2022 di bawah Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 13 Tahun 2012.

Penerima bergambar selepas majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Majlis Perbandaran Selayang 2023 di Setia Eco Templer, Gombak pada 19 Januari 2024. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

“Saya percaya penganugerahan yang diterima ini memberi suntikan semangat untuk terus berkhidmat dengan lebih dedikasi, bertanggungjawab dan penuh iltizam,” kata Dato’ Mohd Yazid Sairi ketika berucap pada majlis anugerah itu.

Majlis penyampaian disempurnakan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor Dato’ Haris Kasim.

Pada majlis sama MPS turut meraikan 11 pesara menerusi Anugerah Jasamu Dikenang sebagai tanda penghargaan kepada mereka yang telah menabur bakti sepanjang berkhidmat.

Pesara MPS turut menerima sijil penghargaan serta Sijil Simpanan Premium (SSPN) bernilai RM1,000.

Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Majlis Perbandaran Selayang 2023 di Setia Eco Templer, Gombak pada 19 Januari 2024. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

 


Pengarang :