Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Setia Haris Kasim dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Selayang Dato’ Mohd Yazid Sairi bergambar bersama penerima selepas majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Majlis Perbandaran Selayang 2023 di Setia Eco Templer, Gombak pada 19 Januari 2024. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
PBTSELANGOR

MPS catat lebihan pendapatan RM63.25 juta pada 2023

GOMBAK, 20 JAN: Majlis Perbandaran Selayang (MPS) memperolehi lebihan kutipan pendapatan RM63.25 juta, pada tahun lalu.

Yang dipertuanya berkata MPS memperoleh kutipan hasil RM249 juta, berbanding anggaran hasil RM199.9 juta.

“Prestasi kedudukan kewangan MPS sehingga 31 Disember 2023 menunjukkan angka pencapaian yang baik iaitu lebihan pendapatan atau surplus RM63.25 juta.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Selayang Dato’ Mohd Yazid Sairi berucap pada majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Majlis Perbandaran Selayang 2023 di Setia Eco Templer, Gombak pada 19 Januari 2024. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

“Ia mengatasi rekod lebihan pendapatan RM51.2 juta dalam tempoh sama pada 2022,” kata Dato’ Mohd Yazid Sairi ketika berucap pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang MPS 2023, di Setia Eco Templer di sini semalam.

Pada masa sama, Mohd Yazid menambah sejumlah RM109.12 juta cukai taksiran semasa dikutip tahun lalu.


Pengarang :