AGENDABERITA UTAMASUKANKINI

Piala Asia: MB seru sokong Harimau Malaya, yakin tewaskan Bahrain

SHAH ALAM, 20 JAN: Dato’ Menteri Besar menyeru rakyat menyokong skuad Harimau Malaya yang bakal menentang Bahrain pada aksi kedua kumpulan E saingan Piala Asia 2023, malam ini.

Menerusi laman X, Dato’ Seri Amirudin Shari juga yakin skuad kendalian Kim Pan Gon mampu menewaskan pasukan yang menduduki tangga ke-86 dunia itu.

“Insya-Allah malam ini kita bakal mencipta kemenangan melawan Bahrain di Piala Asia 2023. Ayuh beramai-ramai kita nyatakan sokongan buat Harimau Malaya,” tulisnya.

Skuad negara yang kini menduduki tangga ke-130 dunia dijadual bertemu pasukan itu jam 10.30 malam waktu Malaysia di Stadium Jassim Bin Hamad.

Malaysia dan Bahrain memulakan kempen kumpulan E dengan langkah sumbang dengan Bahrain tumpas 1-3 kepada juara dua kali Korea Selatan, manakala skuad negara tewas 0-4 kepada Jordan.

Untuk rekod, Bahrain menang dalam tiga pertemuan terakhir berdepan Malaysia dengan kali terakhir pada saingan kelayakan Piala Asia 2023 di Kuala Lumpur pada Jun 2022.

Perlawanan malam ini merupakan pertemuan pertama kedua-dua pasukan di pentas Piala Asia.


Pengarang :