Petugas membuat persiapan pada program Jualan Ehsan Rahmah DUN Dengkil di Dewan Orang Ramai Taman Gemilang, Sepang pada 31 Disember 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Jualan murah di tiga lokasi pagi ini, tawar produk berkualiti

SHAH ALAM, 22 JAN: Orang ramai berpeluang mendapatkan barangan asas berkualiti pada harga rendah menerusi Jualan Ehsan Rahmah (JER) di tiga lokasi mulai 10 pagi ini.

Berlangsung hingga 1 tengah hari, lokasi berkenaan ialah Dewan Orang Ramai Kampung Jenderam Hilir (Dengkil) dan pekarangan Surau Ar-Rahman Batu 8, Kampung Asahan (Bukit Melawati).

Jualan murah kendalian Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) turut diadakan di pekarangan Pusat Khidmat Masyarakat Jenjarom (Banting).

Produk ditawarkan seperti ayam RM10 seekor, daging pejal (RM10 per pek), telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6 setiap pek), minyak masak lima kilogram (RM25) dan beras lima kilogram (RM13).

Lokasi terkini jualan murah boleh disemak di Facebook PKPS atau mengimbas kod QR di poster jualan atau pautan linktr.ee/myPKPS.


Pengarang :