Dua beradik Mariam Abu Akel dan abangnya Hamed diselamatkan dari runtuhan rumah akibat serangan Israel di Rafah, selatan Semenanjung Gaza pada 29 Disember 2023. Foto REUTERS
AGENDAGLOBAL

Israel tolak syarat Hamas hentikan perang, bebaskan baki tebusan

SHAH ALAM, 22 JAN: Israel semalam menolak syarat dibentangkan pejuang Hamas untuk menamatkan perang dan berundur sepenuhnya dari Gaza selain membebaskan baki tebusan yang ditawan.

Perdana Menterinya Benjamin Netanyahu berkata pihaknya tidak akan membiarkan Hamas terus berkuasa di Gaza selain mengulangi desakan kawalan keselamatan penuh ke atas wilayah barat Jordan.

Menurut laporan portal Sinar Harian, Netanyahu berdepan tekanan tinggi untuk membebaskan baki 136 tebusan susulan perjanjian diuruskan Amerika Syarikat (AS), Qatar dan Mesir, akhir November lalu.

Jumaat lalu, Presiden AS Joe Biden dilaporkan bercakap dengan Netanyahu berhubung kemungkinan mewujudkan negara Palestin yang merdeka dan mencadangkan laluan melibatkan kerajaan bukan tentera.

Bagaimanapun, Netanyahu menolak cadangan tersebut selepas perang menentang Hamas di Gaza berakhir.

Menurut Kementerian Kesihatan di Gaza, dianggarkan 25,000 rakyat Palestin terkorban setakat semalam akibat serangan tanpa henti tentera Israel sejak Oktober tahun lalu.


Pengarang :