Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Selangor (LZS) Mohd Sabirin Mohd Sarbini menyerahkan bantuan RM50,000 kepada nazir Masjid An-Nur USJ 4, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani pada 19 Januari 2024. Foto Facebook LZS
AGENSISELANGOR

LZS sumbang lebih RM200,000 bantu masjid di Subang Jaya

SHAH ALAM, 22 JAN: Lembaga Zakat Selangor (LZS) menyumbang lebih RM200,000 bagi membantu beberapa masjid sekitar Subang Jaya memberi keselesaan kepada jemaah.

LZS memaklumkan serahan oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya Mohd Sabirin Mohd Sarbini meliputi bantuan karpet, peralatan serta kos membaik pulih fasiliti.

“Bantuan RM50,000 menerusi pembelian karpet diserah kepada Masjid Abu Bakar As-Siddiq, SS19 dan Masjid An-Nur, USJ4 menerusi nazirnya yang juga bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani.

“Lebih RM20,000 disalur kepada surau Balai Polis Subang Jaya untuk membeli beberapa keperluan manakala baki RM80,000 diserah kepada Masjid Darul Ehsan, Subang Jaya untuk menambah baik kemudahan jemaah,” menurutnya di Facebook.

Menurut LZS, wang zakat diterima dari pelbagai pihak bukan hanya diserah kepada golongan asnaf semata-mata sebaliknya untuk kegunaan institusi agama serta sekolah.

“Semoga sumbangan-sumbangan kepada masjid untuk manfaat jemaah dapat memberikan keberkatan rezeki kepada para pengeluar zakat,” katanya.


Pengarang :