SHAH ALAM, 22 JAN: Infrasel Sdn Bhd (Infrasel) meneruskan kerja membaiki permukaan jalan di sebahagian laluan di Jalan Telok Gong, Pelabuhan Klang.
Menurut Kumpulan Semesta Sdn Bhd, peratusan kerja baik pulih yang dilaksanakan oleh unit perniagaan strategiknya itu mencecah 45 peratus setakat 18 Januari lalu.
“Infrasel sedang laksanakan kerja-kerja memperbaiki permukaan jalan di sebagian laluan Jalan Telok Gong, Pandamaran dengan peratusan kerja mencecah 45 peratus setakat 18 Januari.
“Hadir sama menyaksikan kerja-kerja dilaksanakan #INFRASEL adalah ADN Pelabuhan Klang, Azmizam Zaman Huri,” katanya di Facebook.
Pada 11 Januari lalu, Infrasel giat melaksanakan kerja memperbaiki permukaan jalan di sebahagian laluan Jalan Ladang Lambourne, Jeram, Kuala Selangor.
Infrasel turut menjalankan kerja baik pulih permukaan jalan di Jalan Bukit Badong, Bestari Jaya pada 9 Januari.
Selain itu syarikat penyelenggara jalan negeri itu juga menjayakan kerja naik taraf jalan di pusat latihan Kelab bola sepak Selangor (Selangor FC), Kompleks Sukan SUK Selangor baru-baru ini.
Orang ramai boleh terus membuat aduan dengan memuat naik ciapan di laman X bersama tanda pagar #INFRASEL #NamaJalan #Daerah (jika) berlaku kerosakan jalan raya.