PBTSELANGOR

MPS sedia 10 lokasi mudahkan penduduk lupus perabot, alatan elektrik 

Oleh NAS NORZIELA NASBAH

SHAH ALAM, 23 JAN: Penduduk sekitar Selayang berpeluang membuang barangan lama secara percuma di 10 lokasi pada 27 dan 28 Januari.

Majlis Perbandaran Selayang (MPS) berkata program pelupusan perabot, alatan elektrik serta pelbagai jenis barangan lama dianjurkan sempena sambutan Tahun Baharu Cina.

“Program dengan kerjasama KDEB Waste Management (KDEBWM) ini bertujuan membantu orang awam membuang perabot terpakai dan peralatan elektrik sebagai persediaan menyambut Tahun Baharu Cina.

“Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila layari www.mps.gov.my atau hubungi jabatan pengurusan sisa pepejal dan kesihatan (JPSPK) di talian 03-6126 6024,” katanya.

Berikut 10 lokasi pembuangan yang ditetapkan MPS:

  • Kampung Sungai Terentang
  • Kampung Lee Kim Sai
  • Kampung Sungai Bakau
  • Batu Arang (simpang utara)
  • Kampung Desa Aman
  • Jalan SJ 24, Taman Selayang Jaya
  • Jalan 19, Taman Sri Melati
  • Taman Daya (tepi padang)
  • Desa Jaya
  • Jalan 19, Kampung Selayang Baru (gelanggang bola keranjang)

Pengarang :