SHAH ALAM, 24 JAN: Kerajaan Negeri menyumbang sejumlah RM100,000 bagi menjaga kebajikan Persatuan Mahasiswa Selangor di Universiti Malaysia Sabah.
Dato’ Menteri Besar berkata pentadbirannya sentiasa mengutamakan kebajikan mahasiswa Selangor selain menekankan agenda pendidikan demi melahirkan generasi hebat.
“Saya mendoakan agar para mahasiswa ini akan pulang dengan kejayaan membanggakan keluarga dan negeri tercinta,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari di Facebook.
Terdahulu, beliau yang juga EXCO pendidikan menghadiri Program Jerayawara Kita Selangor dengan bertemu dengan hampir 200 pelajar Selangor di UMS.
Dalam pertemuan sempena lawatan kerja dan sesi pemukiman di Kota Kinabalu, Amirudin turut mendengar cadangan dan luahan pelajar selain membincangkan beberapa perkara.
![](https://selangorkini.my/wp-content/uploads/2024/01/MB-3-500x334.jpg.webp)
![](https://selangorkini.my/wp-content/uploads/2024/01/MB-2-1-500x334.jpg.webp)